Thursday, June 25, 2009

Puisi Ber'D dan Ter

pada malam 24jun2009 aku mengalami simptom tidak boleh tido. lalu aku membuat keputusan untuk menaip sesuatu dengan menggunakan telefon bimbit murahku. nak tulis atas kertas takleh bukak lampu,sebab kakak-kakakku semua tengah tido. jadi tidak semena-mena,terhasillah menda alah ni.

ini hanyalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada hidup atau mati. dan takde kena ngena ngan aku jugak. Aku just tulis je. Baca dan pahamkan maksud tersirat dalam apa yang aku suratkan ni..


Berduaku kaku,
Terdiamku buntu.

Berdebar hatiku,
Tertusuk di kalbu.

Berdesas katamu,
Terdesus aku.

Berdukungku mahu,
Tergantung dibahu.

Berdenting waktuku,
Terdetikkan kamu.

Berdetak langkahku,
Terpesongku tuju.

Berderai kotaku,
Terserah suciku.

Berdering telefonku,
Terdudukku sayu.

Berderau darahku,
Terhimpitku pilu.

Berduri bungamu,
Terluka seribu.

Berdayungku kayu,
Tergolekku laju.

Berdebu kenanganku,
Terlupakan dulu.
Berdarah sukmaku.
Ternangisku sendu.

Berdaki silamku,
Terpandang wajahmu,

Berdanau tempatku,
Terjatuhku malu.

Berdentum jatuhku,
Terkandung dosaku.

Berdaung kisahku,
Tertulis di buku.


oliendz properties:
24 jun 2009.
bilik.

Tuesday, June 23, 2009

Aku Mengarut

Bila aku tak ada kerja akan terhasil lah ayat-ayat mengarut yang keluar dari palotak mereng aku yang aku ludahkan kat dalam blog ni.


aku memerhati sekeliling,
kosong..
cuba meneliti segenap sudut,
kosong..
cuba mencari suatu bayang,
kosong..
atau mungkin sesusuk tubuh
tidak kisah kecil atau besar,
namun tetap kosong..
kenapa.

sesekali terdengar helaan nafas hangat yang keluar dari ronggaku,
harrrr...harrrrr...huuuhhhh...

titisan-titisan air,
tikk..tikkk..tikkk...
dan.....

ada lagi satu bunyi yang tidak asing bagiku..
plup..plup..plup..

ia semakin menekan..
peluh hangat merintik deras dari liang-liang roma,
turun naik nafas mula berganda,
bulu-bulu roma tegak seakan bernyawa,
aku terus berusaha..
tiada sebab untuk mengalah,
dan akhirnyaaaaaa.....
aku berjaya!
aku berjaya!
aku menarik nafas lega,
jari-jari halusku mencapai tali besi yang selalu membantuku,
membawanya pergi bersama arus.
aku tersenyum puas,
satu lagi kejayaan yang kucapai!



p/s:
memang la kosong,sape nak tengok orang berak! hehehe (takde kerja)

Monday, June 22, 2009

My new Comics



komik yang aku baru beli kat kedai buku dalam East Coast Mall!
aku ada lagi komik2 lain selain daripada komik ni. yang selalu aku beli komik LAWAK KAMPUS. tapi yang tiga ni yang terbaru aku beli dan tak baca lagi.
hehehe mungkin ramai yang tatau aku sebenarnya peminat komik lebih-lebih lagi karya Zint dan Keith! Aku suka sangat hasil kerja diorang! memang gempak habis!
kalau sape2 yang berminat nak baca komik ni dan lain2 komik yang aku ada,
aku boleh bagi pinjam!




komik LAWAK CAM BEST ni adalah hasil karya encik SLAIUM. ada banyak gile cerita-cerita pendek yg boleh buat korang ketawa sampai tercabut tonsil korang.



komik yang ni pulak tajuk dia LAWAK SELEB SUPERSTAR. aku dah baca separuh dah komik ni, memang kelakar habis.
komik ni hasil karya KEITH, STANLEY G, NEKO dan JO!
komik ni menyelitkan watak-watak dalam filem dan artis-artis kebanyakkannya artis Hollywood. Tapi nama-nama watak di ubahsuai sedikit bg menjaga perasaan pihak2 tertentu. sebagai contoh, Spida man,MeowWoman, Burn Aflek, Will Smit, J.Loba dan ramai lagi.
Memang best gile, rugi tak baca! Aku ada, korang pun patut ada!



Komik UNDER 18 ni pulak adalah karya daripada ZINT.
komik ni bukan macam komik yang lain tuh. ni lebih kepada cerita panjang mengenai perihal remaja dari kecik hingga besar! aku da baca keluaran ZINT yang sebelum ni tajuk UNDER AGE!
komik UNDER AGE tu mengisahkan tentang kenakalan yang melampau oleh budak yang bernama AX ketika dia kat skolah rendah. Memang macam lahanat perangai AX tuh.
Komik UNDER 18 ni pulak sambungan kenakalan AX bila da masuk ke alam sekolah menengah.
lagi dahsyat perangai! Komik ni memang best gile!
korang kena gak baca!

puisi masa bosan aku lagi!

ok. aku tak tahu sama ada ini boleh dianggap sebagai puisi atau tidak. ini cuma luahan perasaan yang ada dalam hati dan perasaan aku dan diludahkan di dalam blog ni? just nak kongsi je apa yang aku ada. kepada peminat penulisan Enjoy n please comment!


LUAHAN BUAT AWAN!

kemana?
kemana lagi aku nak pergi wahai awan?
tiada siapa yang dengar dalaman aku mengeluarkan tangisan,
Kau tahu apa yang kuperlukan?
hah? kau tahu kan?
AMAN! kuperlukan keamanan!
wahai awan, bawalah aku ke sebuah tempat yang aman,
tempat dimana tiada suara-suara kasar yang mengherdik sinis memberi tekanan yang menyakitkan,
Suara yang terus dan terus menerus menghempap aku dengan rasa bersalah walaupun aku hanya diam tiada kata,
Inikah balasan yang aku dapat dari masalah kamu berdua?
Kamu tahu bukan aku puncanya tapi kenapa aku mangsanya?
kemana lagi aku harus pergi Awan?
Adakah aku harus memilih untuk terus hidup dalam kepedihan dan keperitan,
Atau membawa diri yang tidak betah bersendirian?

Monday, June 8, 2009

Kerja! Kerja! Kerja!

hari ni hari pertama aku kerja kat restoran vista, restoran bapak aku yang terletak akt IM 5. Kekok gle aku, aduh dis is really not me!! aku ingat cuti2 ni nak tdo je kat umah besarkan badan. lain lak jadinyer. ni pun sebab terpaksa, tolong bapak lah katakaaannn... anak MITHALI! Aku comot gile hari ni..muka ngn rambut berminyak.. tak mke-up langsung..muka macam minah endon pon ada..nanti aku apload gambar aku time keje, nak tngkap gambar sekarang malu sebab ramai org..kang dorang cakap apa lak kan? hmmm rupanya kerja amik order n anta order ni bukannyer senang, nak kena ikut karenah pelanggan yang macam2 perangai. Ada yang okay, ada jugak yang kekwat, nak itu la nak ini lah, tension aku. Lagi pulak ada jugak yg gatal2 nak tenung lama2 la, buat lawak bodoh la, bengang aku, rasa macam nk campak je makanan tuh kat diorang, tapi aku kena sabar. cstmer bhai! kena jaga hati dorang even aku da bengang tahap altromen! Tp aku redha je sebab gaji aku lagi tinggi dari org lain. padahal aku wat keje skit je. heheh anak bos kan!! nasib baik aku orang tak ramai sgt hari ni sebab student ikip cuti. lega aku.. huhu ni pon aku curi tulang jap tulis blog ni.. bapak aku pandang jer.. oklah, aku da nak sambung kerja balik ni.. nanti kalau ada cerita menarik, akan diinform!

Sunday, June 7, 2009

Kuantan Baby!

sepanjang keberadaanku di Kuantan, takde banyak yang berubah pun. Aku sampai lebih kurang pukul 7 ptg dah time tuh. Penat tak payah cakap laa.. Malam 6/6/2009, aku kua ngan apex n zepu dan lain2 pegi karaoke kat kompleks. Mahal gle, RM40 utk sejam. bilik kecik nak mampus! macam bilik karaoke kat pkns yg satu lagu RM2 tuh..nasib baik bukan aku yang bayar..hahaha save duit aku. Pastu malam tu, pukul 2 pagi aku,lia,apek,zepu n tiar g umah depan umah Hakim tuh, kitorang curik mangga epal. hahaha memang seronok gle..bongok betol perangai masing2. Pastu 7/6/2009 aku kua ngan egee plak..kitorang g karaoke jamban (lagi best singgit je satu lagu..punyalah ramai yng tunggu turn, kitorang yg baru sampai ni xpasal2 dapat bilik dlu..hahaha sape soh berangan je..sape cepat dia dapat!! tengah nyanyi tuh Nuar sampai..pastu kitorang g Taman Teruntum tengok kwn2 nuar sekalian. dia yang selok nok g.. busuk gle bau najis binatang..baru aku sedar rupanya beruang tak comel langsung! Muka dia hodoh gle! sakit hati aku tangok muka dia. Petang pada pukul 5.30, aku, egee n mat nuar pg Telok Cempedak, kitorangpg hujung2 skali..best gle pemandangan..kalau buat photoshoot mmg cntik. tp yg slacknye banyak pulak beruk! Pastu aku balik, aku on9 je.. malas dah aku nk kua hari ni. esok Papa suh keje. tatau aku nk keje ke tak ngn dia. tgoklah, kalau aku boleh bangun pagi! hehehe

Monday, June 1, 2009

puisi KAU BODOH!


puisi ni aku reka time aku tengah bosan.bosan tatau nak buat apa.
walaupun puisi ni agak merepek, tapi aku suka. just enjoy je okay...

Ramai yang bilang kita banyak beza
Namun itu tidak bermakna kita tak dapat nak hidup sama
Ramai yang bilang cinta ni mustahil
Namun bagi aku, ini cinta terbaik yang pernah terhasil
mereka semua tak tahu
tapi berani menilai melulu
apa yang kau dan mereka ni semua mahu?
Aku sendiri bingung tak tahu
kadang-kadang aku rasa macam nak jerit
luahkan segala yang perit dan pahit
tapi suara aku macam tersepit
argghhh!! sakit!

huh! hey!
Apa aku atau kau yang bodoh
terlalu sangat tergopoh-gopoh
kalau dah tak ada jodoh
cakap sajalah BODOH!
tak payah nak berkias-kias atau bersurat-surat
hati aku ni pun dah kau siat-siat
kau memang lahanat
Cinta aku kau lipat macam poskad
apa kau ingat kau hebat?
kekwat!

tapi sekarang aku masih jugak hidup
bernafas masih ikut hidung
bukan aku minta untuk di sanjung
tp tanpa lelaki pun wanita tetap terulung!




tentang diri ini



nama penoh aku Fazlinda binti mohd nawawi. korang semua boleh panggil aku olin je. dilahirkan pada 04 disember 1990. tahun Kuda! Im a Saggitarius baby yaw! hehehe! Made in Kuantan pahang. anak bongsu kepada 5 orang adik beradik yang sengal. hehe Kat kuantan aku tinggal kat Indera Mahkota 5 dengan papa aku yang tersayang Mohd Nawawi bin Mat Sidek bersama ibu dan adik tiri aku QishQish. Kat selangor lak aku duk kat kota Damansara seksyen 5 bersama dengan mama terchenta Faridah abdul Aziz bersama daddy cool. sekarang ni permanently aku tnggal kat damansara. bila cuti sesekali je aku balik kuantan. Sekarang ni aku belajar kat Uitm Puncak Perdana Shah Alam dalam jurusan seni layar (screen arts). ni je dlu..nanti korang akan tau lagi banyak pasal aku. =)