Wednesday, March 9, 2011

Pusat karaoke blackout selama 30 minit.

nak jadikan cerita. mula-mula plan hari ni bukan nak karaoke pun. ingat nak lepak rumah mia dgn bay. tapi tunggu punye tunggu, bay tak muncul2. So aku amik keputusan untuk keluar dgn insan tercinta lah malam ni. Plan awal ingat nak tngok movie tapi dah keluar rumah pukul 9 malam, takut tak sempat sbb nak blk awal, esok kelas pg n si dia pun kerja pg. So, kitorang pun pilih nak pergi karaoke di Loudspeaker Damansara. Dekat ngn umah aku je. then 2 jam pertama takde masalah pape, semua lagu kitorang balun. Sampai satu tahap tu, aku pilih lagu Siti Nurhaliza, Suara takbir. sampai je korus lagu, PAPPP!! lampu padam. Yang kedengaran hanya suara orang menjerit n cina ntah apa yang diorang mencarut mcm2, aku tak paham la plak. Dengan berbekalkan lampu handphone, kitorang tngok lah apa yang berlaku kecoh2 kat luar bilik. Rupanya MBPJ potong kejap. tak pasti pulak kenapa. Semua dah hangin dah. Semua lepak luar bilik time tu sementara tggu letrik ada balik. Tiba2 aku nampak satu lembaga dari blakang. Macam kenal. Laaa..kakak aku pon ada jugak rupanye.. Dia lg teruk. sepatutnya bilik dia tingkat 2 tp stuck kat lift tingkat 1. trauma terus nak naik lift. Lepak punye lepak, PAAPP!! lampu ada balik. Berpusu2 semua masuk balik dalam bilik masing, capai mic and sambung mcm takde pape terjadi. tapi mood aku mcm dah terpotong sket. terus aku skip lagu. taknak nyanyi lagu raya dah. kang terpadam lagi plak. Lepas sambung nyanyi lg 30 mnt, kitorang chow la, apa lg. singgah 7eleven utk beli makanan kucing yang mama pesan terus pulang kerumah, capak badan atas katil and tulis dalam blog. tu je yang aku nak kongsi hari ni. thanks sbb baca..hehe bye!

insan2 yang telah disebut dalam cerita ini bg penghayatan jalan cerita.
mia kamil
bay
makanan kucing
mama
kakak aku, nana
si dia, mie



takde tajuk

assalamualaikum.. salam satu malaysia. Hmm mungkin aku bkn blogger yang 'tegar' orang kate. bila ada mood and masa terluang je baru aku menapak kat sini. ehhe.. Banyak sebenarnye yang boleh aku kongsi tapi aku tak reti nak kongsi acaner.. Ok, mula dgn perihal minggu lepas lah. Aku baru habis shoot filem pendek Voodoo untuk final projek aku.. Sumpah kusut gle time pre, nak kena setelkan itu ini. skrip di tukar last2 minit..serabut kpala otak aku. itu baru time pre-pro. time pro ada jugak la masalah2 yang tak dapat di kawal. contohnya, lighting asyik blow je.. banyak buang masa. So, scene yng paling penting skali terpaksa buat dalam keadaan yang rushing. Pelakon utama pun penat hari tu, tak larat nak berlakon, aku terpaksa stand in dia untuk beberapa shot. Bila scene yang paling penting di buat dalam keaadaan rushing. Mood aku nak shooting pon dah jatuh merundum.. gedebak gedebuk.. Aku sentiasa dalam keadaan yang risau. Dlm kepala otak aku, duk pusing2, apa lah jadi ngn short film ni nanti. aku jd lagi runsing bila beberapa clip hilang and sesetengah scene, audio xleh pakai langsung. aku kalau boleh tak nak ada dubbing dlm short film tu. aku tak nak cerita tuh jd drama telenovela mcm Rosalinda dan sebagainya. Harap semuanya baik! Dah selesai dgn Showcase mggu lepas, skang ni aku struggle untuk focus kat criss cross pulak. tu pon satu hal, tugas aku kali ni, PM.. benda yang aku tak pernah2 buat.. nampak mcm senang, selalu start shoot je benda dah tersedia. skang, aku plak yang kena buat semua tu. kusut aku di buatnya. lebih2 lagi bila nak pohon kawalan polis sbb nak shoot kat jalan raya. sangat complicated eh.. dekat 10 nombor aku call, pastu kena pass kat orang tu, orang ni. sangat leceh. Jumaat ni aku dah start shoot untuk criss cross. redha je lah apa yang nak jadi. Bilalah semua ni akan berakhir..aku nak ringankan otak aku dr semua ni..