Wednesday, August 18, 2010

Teenage pregnancy (official public service announcement)

Ary Suriany as a Producer
Jee ahmad as a Production Manager
Olin Nawawi as a Director
Intan Qamarhani as an Assistant Director
Rush as a Director of Photography
Munawar as a Art Director
Saifullah khaisas as an Editor
PSA ini adalah salah satu hasil kerja yang dijalankan selama setengah hari. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa kesulitan yang timbul seperti kawalan cuaca, kawalan para talent, pembatalan lokasi secara tiba-tiba dan kesesakan lalulintas. kami berjaya menyiapkan PSA yang berdurasi 40 saat ini kurang dari masa yang dijangkakan. yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari kami. Hari demi hari kami berlajar. jika ada salah silap, harap di maafkan. (ceh, mcm hari raya lak). sila tinggalkan komentar-komentar kalian. terima kasih.


Monday, June 28, 2010

into the wild

Perhatian aku ditarik sepenuhnya setelah menonton filem ini. Pelbagai spekulasi yang bermain di dalam benak tentang keinginan anak muda yang mempunyai kelulusan di peringkat sarjana ini sehingga sanggup meninggalkan keluarga, masyarakat, kemudahan teknologi semata-mata demi mengabdikan diri kepada alam dan kehidupan liar dengan hanya berbekalkan bag pack. Filem ini berlandaskan kisah benar yang berlaku kepada seorang pemuda yang bernama Christopher McCandless. Semasa pengembaraannya, Chris hanya ingin dikenali sebagai Alexander Supertramp. Beliau mempunyai mental dan fizikal yang kuat kerana mampu bertahan untuk masa yang lama dengan kehidupan tersebut. Filem ini membuatkan hati dan jantung aku seakan2 mahu berhenti melihat kegigihan beliau untuk meneruskan kehidupan dengan alam. Pengakhiran filem ini amat menyentuh hati aku bila beliau menghadapi saat2 terakhir nafas beliau namun sempat menulis "happiness is only true when shared". Sedih sangat! ='(.. A very good movie to watch.
p/s: Aku jugak tertarik dengan sesetengah2 sinematografi yang ada dalam beberapa babak dalam filem ini.

singgah dan huni

sudah lama jari ini malas untuk berkerja, otak tidak bernafsu untuk berfikir, dan liur sudah kering untuk meludah sebarang kata agar dapat di tatap mata-mata. Bukan kebiasaanku untuk bermadah jika tiada apa yg hendak di katakan. Namun saat ini, organ yang teletak di kiri dada aku yang dipanggil hati mula berdenyut-denyut dengan laju. Berbicara tentang kemahuan. Apa yang aku mahu? Apa yang aku cari? Kenapa setiap insan yang datang aku hanya membenarkan mereka menyinggah tapi bukan menghuni? Mungkin aku hanya berserah pada masa. Dengan harapan pengalaman membawa aku kepada penghuni dan bukan penyinggah. Sepanjang menuju ke 'penghuninya', aku akan melalui para penyinggah agar hati belajar untuk mengenali pelbagai warna.

Thursday, May 6, 2010

........

Tubuh kaku terduduk sorang.
Di tepi dinding putih
Dengan pelukkan di kaki yang bersilang
Mencari bahu-bahu untuk bersandar,
Tangan-tangan untuk dipegang bagi meredakan sakit-sakit,
Bibir-bibir pelontar kata yang bisa menampal harapan retak.
Telinga-telinga yang sedia menadahkan diri untuk diguna.
Dengar keluh, rintih, luah yang ada di dalam
Yang menggigil-gigil ingin keluar.
Tapi bila ditahan dan dihalang.
Ia mencucuk. Mencucuk dan mencucuk lagi.
Sakit.
Hingga mata ada air.
Bertakung.
Makin lama makin penuh.
melimpah.

Friday, April 9, 2010

Kawan

kawan? sahabat? teman? apa itu?
adakah sebagai teman ketawa apabila menceritakan kisah-kisah yang lucu?, kawan bagi mendapatkan bisnes dan status?, sebagai peneman kala bosan?, muncul bila adanya kepentingan atau seseorang insan yang dapat kita kongsi suka dan duka bersama tanpa rasa jemu dan bosan? Ada macam-macam jenis kawan atas dunia ni. ada yang menjatuhkan, ada yang membimbing, dan ada juga yang kelihatan seperti pemangkin semangat namun dalam tidak sedar mereka adalah pisau yang menikam kita dari belakang.

9 April 2010

tiada yang istimewa hari ini. Cuma menjadi saksi keretakkan rumah tangga remaja lain, mengonlinekan diri sampai pagi dan marathon KAMI the series seorang diri di rumah. Cuma hari ni, walau macam2 perkara dah berlaku untuk menyelit waktu-waktu kosong, ntah knapa masih rasa sunyi. Sunyi yang jarang sekali aku rasa.

Saturday, March 13, 2010

lemah!

sekali lagi aku melangkah masuk melawati blog ini. Kering kontang. tak ada apa-apa yang menarik. entah kenapa tangan ni berat sangat nak mengatur bahasa. jari jemari semakin keras dan kaku. Tapi entah kenapa hari ni seperti ada yang memanggil-manggil aku untuk melonggarkan balik tulang temulang jari yang gersang dan ketat.

Argghhh.. kepala otak bercelaru.. penuh dengan barangan yang tak berguna. rasa mcm nak campak otak ni dalam mesin basuh biar bersih dan ringan. tp aku manusia. aku tak mampu. aku hanya mampu TAHAN!!

Aku salah ke? aku tak mintak lebih. Cuma secebis ruang untuk aku menyelit antara kau di samping manusia2 lain. itu je. Susah ke? Aku bukan segala? Aku tak kisah.. Aku cuma ingin jadi sesuatu. Cukuplah sekadar memandang jika aku tak boleh memiliki.

=(