Friday, April 8, 2011

Aktiviti ini minggu.


Isnin : 4/4/2011
Pada hari ni aku drive ke kelas pada jam 7 pg. Tanpa sebarang bahan bacaan di kepala otak sejak sminggu yang lalu. aku menjawab test yang susah gle nak mampus pada hari ini dengan tenang. tiba-tengah test perut meragam, tumpang toilet sat. ingat dapat la ilham duk dalam tuilet. tp apa pon tadaa.. jawab je la apa yang termampu. tp aku tahu byk yg salah. padan muka aku, sape suh aku xbaca buku. harini jugak tetiba je tekak aku rasa mcm nak makan ayam penyet. dengan gigihnye aku pergi kat area plaza masalam melepaskan nafsu teringin aku. Burp..selesai cerita pasai makan. Sampai umah je, mcm happy kejap sbb parking byk gle.. hehe sllu naik juling mata cari parking. harini, smbil tutup mata je da parking. Malamnye pulak, aku on9 n tido.

Selasa : 5/4/2011
hari ni aku tak ada kelas. so aku terkangkang sahaja di rumah. Sepanjang hari menjadikan diri aku tak guna dengan online sentiasa bagai nak meletup laptop. Akibat perot yang kruk krak kruk krak, aku selongkar dapur masak. sedap tak sedap blakang citer. Janji aku kenyang. Malamnye nak di jadikan cerita, sepatutnya aku kluar dengan Mie tp tetiba sahabat handai lak ajak lepak, so aku terpaksa batalkan date aku dgn dia. Aku kluar dgn kwn aku, Anwar N ika. lama sangat kot tak jumpa diorang. Walaupon aku kena tolong kakak aku kemas bilik, assgnment ada 30 page, tapi aku nak kua jugak. tak kire. tp aku happy la, byk cerita yg aku dengar. baik cerita org, and cerita sera. yg seram tuh aku sakit hati skit. Boleh plak, jalan kat tmpat sunyi n gelap time tu nak cerita. Lepak dari 10 mlm sampai 5 pagi baru blk rumah, otw balik umah je, anwar kutip kucing untuk aku jaga. bising siot, balik umah aku tatau nak letak kat mana. nak letak satu cage dgn Timmy, mengamuk lak minah tuh. so aku letak dia dalam blk air mak aku. siap letak kotak,makanan apa smua la.. 5.30 pg tu kononnye nak buat assgnment 30 page lah. taip je sinopsis beberapa suku kata, terus zzzzzzzzzzzzzzzz... haha kat bawah ni adalah gambar kucing yang di jumpai.. comel kan? grrrrr..!!!

ONEZKA


Rabu : 6/4/2011
Hari yang paling aku struggle. Aku kena siapkan kerja tuh malam ni jugak. sbb malam nak print, pg2 khamis nak hantar dah. So, seharian. aku tak mandi, makan ala kadar utk siapkan malam ni jugak sblm aku balik puncak. Gigih ni nak siapkan. Sampai pucat2 gak la muka. Pastu,malamnye, blk puncak, xjd jugak print malam tuh, sambung wat keje blk. Sampai umah puncak je, tengok2 plug water heater aku dah kena rampas ngn orang kolej daa.. adeh, kesimpulannya, aktiviti hari ini adalah assignment semata2.

Khamis : 7/4/2011
Khamis adalah hari aku kena hantar assignment. So, aku bgn kul 8, memandi, g kandang ngn shida utk print. ingat ramai org kat kedai print, rupanye xde org so, by 9.30 dah siap print smua. settel. makan jap kat pak halim, terus g kelas. kelas sekejap nak mampus, terus kluar. dah tatau nak g mana, kitorang lepak kandang, pastu blk editing. pekena sesuatu, aku jadi mereng, berpusing2. Aku terus rasa lapar, terus bergegas g dining. Sampai dining, nampak wafa, terus g amik makanan. Tiba-tiba aku rasa loya ya amat. dah mcm babak dalam filem aku buat gaya, tp bkn buat2. aku mmg tiba2 loya. terus aku letak pinggan yg aku dah letak nasik ngn kuah, aku berlari pergi toilet blakang dining utk muntah kaler merah yang banyak giler, separuh baldi gak la.. lepas melegakan diri muntah, aku kembali ke tempat nasik. Abg2 kat situ pandang aku dgn penuh kemusykilan. aku pn wat selamba je. Terus makan dengan lahapnye. lepas tuh, terus ke kelas En Zack. Ingat nak bincang pasal malam gala, tup2 batal lak. Entah pape ntah. mula2 cakap nak la, xde yg bangkang la. tp bila suh bayar, mcm2 mulut sial yang bercakap kat belakang. Duit tu boleh makan chillies lah, shopping lah. Sedih btol korang neh, untuk benda yang precious mcm ni pon xleh nak commit. Once a lifetime kot. Chillies tuh, bila2 pn ko boleh melantak. Bongok, dah la tak buat pape, tahu nak complain je. Aku hangin betul dgn org yang pandai bercakap tp non ado bila sampai bab kerja. Sadis.

Jumaat : 8/4/2011
Hari Jumaat, mula2 aku teman Mia pergi beli bunga kat area kl, 1st time sebenarnya aku pergi kedai fresh flower. cantiknyer... aku sebenarnye tak pernah terlintas nak suka bunga tp lepas pergi kedai bunga, aku rasa mcm nak beli semua. tapi xde duit lak. pastu nak buat apa plak kan ngn bunga tuh melainkan bg kambing makan. Lepas beli bunga, terus ke DBP untuk tolong baybay sbb malam ni diorang ada cast party selepas pementasan teater so, bz skit la. tolong dia alas meja, angkat pinggan mangkuk naik atas, pg amik bunga tapi sesat, pergi amik dessert kat sponsor sampai nyaris eksiden. banyak lah benda buat yang kelakar gle.. hahaha seronok juga hari ni sebab dapat lepak ngn kwn2, tengah2 buat kerja, pai pulak yang xpnah2 nak tegur aku tetiba tegur aku. Malu aku di buatnye. hehe tak lupa juge, aku lepak ngn Yumi dengar dia punye kisah dan gosip panas. balik tuh, aku balik dengan nik. Sampai umah, niat nak tulis blog, tp terus tido je.. ZZZZZzzzzzzzzzz
DIPLOMA SHOWCASE

Sabtu : 9/4/2011

DIPLOMA SHOWCASE
Hari Sabtu aku pergi lagi ke DBP. kul 12 tghari nik amik aku walaupon naik kebas aku tunggu dia kat umah. janji pukul 10 tp xpe, sbb aku tumpang orang kan. so, xpayah nak bsing ah. kan?..
Kemudian, sampai je kat DBP, lepak2 je. harini Yumi xde. baru ingat nak bergosip kaaann.. hehe hari aku di beri keizinan untuk tengok teater sbb dah xde keje sgt dah kan. Petang tu, aku tengok teater Datuk Harimau & Mozek. Tidak berapa memberangsangkan sangat la ikhlas dari aku. Menguap jugak lah kdg2 sambil makan popia simpul Puan Kenchana juai. Sedap lak. Tetiba lak, tgh intermission 15 mnt, ternampak seorang lelaki yang pernah aku keluar dulu. Daus? Eh, lain betul dah dia skang. Makin berisi. Segan lak aku nak sapa dia. Check2 hp, tiba2 dia msg aku. So petang tuh, tegur lah jugak dia walaupon sbnarnya aku segan. tapi atas paksaan Ulfah, aku buang segan tuh skit. hehe Jumpa jugak ngn Key and ammar. Buat aku teringat zaman kerja ngn alaudin dlu.. haha Malam pulak, teater Hujung Dunia n 1 plastik hitam. terbaik woooppp!!! Hujung Dunia paling aku suka lah so far. Arahan Pn Amy (Aminah Raphor) sampai rasa ke tulang hitam meremangnye.. sangat memberi keinsafan. Nangis2 aku duk tepi meja. Good Job guys!!

Ahad : 10/4/2011
Hari ini adalah hari yang aku tulis blog ni. Hari ni aku tak pergi DBP sbb ada hal sikit. Aku rasa bersalah sangat kat baybay sbb tak dapat tolong dia bump out harini. Bukan aku xnak tolong bay tapi aku bebetul ada hal skit. Sorry. Hari ni aku banyak habiskan masa aku kat rumah, kemas barang2 and masak. so xde cerita yang best sangat la untuk di kongsikan pada hari ini. Oh, lupa plak nak cerita. Pasal malam gala. aku baru je dapat berita baik. Malam Gala jadi balik? Yeay!!! Sebab event planner dah bayar gune duit diorang 3 ribu. nak tak nak kita kena pergi gak, kalau tak, kena bayar Rm70 sorang for nothing. Better RM100 for sumthing kan? Happy aku. Atleast, ada jugak lah momento2 yang boleh di kenangkan. Mcm orang gile, final xde wat gathering pape. Dah la, masing2 ada jalan sendiri. Lepas ni susah dah nak jumpa. Padan muka kepada parti2 pembangkang sebelum ni. Lantak korang lah nak pergi ke taknak, janji malam tuh proceed, kalau korang taknak, bayar Rm70 then senyap balik kampung tanam terung. habis cerita. yang penting aku nak habiskan sisa2 diploma aku luangkan masa dengan kwn2 aku. Oklah, aku nak sambung tengok mentor dengan Kaklong.. ada masa aku update lah lagi. kalau aku rajin. thanks kalau ada yang bacalah. hehe

2 comments: